YA ALLAH
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan
abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan
miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari
ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa
bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan
dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya
apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana
engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia
dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan
engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah
aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/02/27/doa-untuk-kekasih/
P/S: hargaila orang yang anda kasihi sesungguhnya datangnya untuk kita hanya sekali..perginya x kembali selamanya..takdir ALLAH yang menentukan segalanya...la tahzan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan